Posts

Kesepaduan Nasional

Image
  PENGENALAN Kepelbagaian etnik dan budaya menimbulkan pelbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai etika dan peradaban yang berbeza dan ia dijelmakan dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak Merdeka. Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus menerus dimantapkan. la dilaksana melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. Tindakan membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018) adalah suatu usaha serius untuk memantau pemantapan kesepaduan nasional. (Prof. Dr. Mansor Mohd Noor, 2019)  Matlamat perpaduan yan...