Kesepaduan Nasional

 

PENGENALAN

Kepelbagaian etnik dan budaya menimbulkan pelbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai etika dan peradaban yang berbeza dan ia dijelmakan dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak Merdeka.


Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus menerus dimantapkan. la dilaksana melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. Tindakan membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018) adalah suatu usaha serius untuk memantau pemantapan kesepaduan nasional. (Prof. Dr. Mansor Mohd Noor, 2019) 

Matlamat perpaduan yang diidamkan oleh penduduk di negara Malaysia

- Detik Perpaduan

- Detik perbezaan

Detik Perpaduan :

Detik perpaduan adalah perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian .Contohnya, pergaulan sesama masyarakat di pasar, majlis perkahwinan, kedai makan, sokongan dalam sukan, cuti perayaan dan menonton filem bersama-sama.

Detik Perbezaan : 

Detik perbezaan adalah perkara yang membezakan kita dengan orang lain. Contohnya agama, bahasa percakapan, upacara perayaan dan lain-lain. Adakah perbezaan menyukarkan kita untuk bersatu padu? Jawapannya mestilah 'tidak' sekiranya kita dapat bertolak ansur dengan baik dengan kaum lain. Perbezaan ini haruslah kita hadapi dengan baik supaya tidak berlakunya pertengkaran, perselisihan faham dan perpecah-belahan. 

KESEPADUAN SOSIAL

- Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam unsur budaya masing-masing.

 - Ia merupakan elemen penting dalam memastikan sesebuah komuniti atau negara itu berada dalam keadaan aman dan harmoni

 - Oleh yang demikian, kesepaduan sosial merujuk kepada satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.



5 pra-syarat kepada Kesepakatan
Sosial (social bonding) yang kuat :

  • Taraf kebendaan yang berkualiti,seperti mempunyai indeks kualiti hidup yang sederhana ketinggi. 
  • Akses kepada kemudahan yang boleh menjamin dan mempertahan kualiti hidup dan mobiliti sosial. 
  • Aturan sosial yang stabil, aman dan selamat. 
  • Interaktif aktif berlandaskan jaringan dan pertukaran hubungan yang positif.
  • Wujudnya usaha positif ke arah penglibatan semua pihak dalam kegiatan arus perdana. 

PANDANGAN TOKOH SOSIOLOGI
TENTANG KESEPADUAN SOSIAL


IBN KHALDUN menamakan kesepaduan sebagai Asabiyyah yang merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kesepaduan sosial. 

Kedua-dua konsep ini adalah sama kerana ia membawa pengertian esprit de corps atau semangat kekitaan (group feeling). 


EMILE DURKHEIM menamakan kesepaduan masyarakat sederhana atau tradisional ini sebagai solidariti mekanikal (mechanical solidarity) dan masyarakat kompleks pula dikenali sebagai solidariti organik (organic solidarity) (Krause 1982: 69). 

PANDANGAN IBN KHALDUN TENTANG
PERUBAHAN MASYARAKAT

  • Menurut IBN KHALDUN, masyarakat beranjak daripada bentuk sederhana kepada bentuk kompleks dalam setiap bidang. Beliau menyebut tentang tahap keinginan, bermula daripada keperluan asas dan kemudian keperluan yang lebih terperinci (Mohd FauziYaacob 2004: 39).
  • Semangat kekitaan akan hilang apabila sesuatu masyarakat atau suku-suku kaum itu sudah mengecapi kemewahan dan kemakmuran.(Rosenthal & Dawood 1967 ; A. Mukhti Ali 1976).
  • Mereka akan berubah daripada pelbagai aspek budaya apabilahidup menetap di bandar dengan berinteraksi dengan masyarakat luar dan saling bercampur gaul dalam aktiviti ekonomi, politik dansosial. Hal ini menyebabkan masyarakat kurang menumpukan pada kepentingan kumpulan tetapi mengutamakan kepentingan individu.

PANDANGAN EMILE DURKHEIM
TENTANG PERUBAHAN MASYARAKAT 

  • DURKHEIM pula menganggap bahawa masyarakat berevolusi daripada kesepaduan atau solidariti mekanikal sehingga ke solidariti organik.
  • Masyarakat solidariti mekanikal bersifat tradisional bersaiz kecil, manakala masyarakat solidariti organik merupakan masyarakat bandar atau kapitalisme. 
PANDANGAN EMILE DURKHEIM
TENTANG PERUBAHAN MASYARAKAT 

Menurut beliau, proses pengkhususan dalam pekerjaan mempunyai kebaikan iaitu membolehkan pengetahuan teknologi berkembang, manakala keburukannya ialah individu atau kumpulan mesti bergantung dengan yang lain (Krause 1982: 70).

KAWALAN SOSIAL 

Kedua-dua ahli sosiologi ini percaya bahawa kawalan sosial adalah berkait rapat dengan kepercayaan individu. Dalam masyarakat sederhana, masyarakat dikawal oleh sistem kepercayaan dan agama selain daripada adat resam. Semua ini adalah berkenaan dengan kesedaran kolektif.

Kesedaran kolektif ialah; “The totality of beliefs and sentiments common to the average members of a society forms a determinate system with a life of its own” (Durkheim 1984: 38).

Menurut Durkheim, hukuman dalam perpaduan mekanikal bersifat represif iaitu bersifat menindas dan menghukum kerana komuniti bertindak balas dengan segera jika ahlinya mencabar kewibawaan undang-undang konvensional. Umumnya, undang-undang agama biasanya bersifat represif.

Dalam masyarakat kompleks pula, kawalan sosial adalah berbentuk undang-undang restitutif dan tidak berkaitan dengan kesedaran kolektif. Ia ditubuhkan secara khas dan diadili oleh orang-orang yang telah dilantik sahaja dan bukannya masyarakat secara amnya (Durkhiem 1984).

Mengikut Ibn Khaldun pula, kawalan sosial dalam masyarakat sederhana adalah berdasarkan kepada kepimpinan. Oleh yang demikian, mereka memerlukan pemimpin yang baik yang dapat menggunakan kekuasaan itu untuk kepentingan rakyat atau pengikut bagi mengelakkan daripada berlakunya perpecahan semangat kekitaan kerana semangat ini perlu untuk mempertahankan diri dan suku (Rosenthal & Dawood 1967; A. Mukhti Ali 1976).

Selain itu, kepatuhan dalam amalan-amalan agama dan kepercayaan kepada ajaran-ajaran kenabian dan kewalian dapat menghalang sifat-sifat buruk antara mereka seperti iri hati dan sebagainya (Rosenthal & Dawood 1967). 

Kepatuhan seperti itu dapat mengawal tingkah laku masyarakat dan membolehkan masyarakat saling bertoleransi antara satu sama lain tanpa sebarang prejudis akibat perbezaan sosial.

Ibn Khaldun menegaskan bahawa integrasi dan perpaduan masyarakat majmuk dibina berasaskan kepada kepercayaan kepada Allah, semangat dakwah, keadilan, akauntabiliti, penghormatan bersama, saling mempercayai, keikhlasan mutlak, rajin, kerjasama, kecemerlangan, rawatan persaudaraan, kejujuran dan kebenaran, moral, pengetahuan, tingkah laku yang baik, pengorbanan, kemas, dan kebersihan (Rosfazila Abd Rahman & Abdul Razif Zaini, 2017).

Kesemua ini merupakan nilai etika yang berupaya membangunkan sesuatu peradaban.

ETIKA
'Etika' yang juga dikenali sebagai falsafah moral merupakan satu cabang falsafah yang membabitkan penyusunan, mempertahankan dan mencadangkan kelakuan yang betul dan salah.

Ia merujuk kepada tingkah laku moral manusia dan bagaimana untuk bertindak dalam keadaan tertentu. Etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'ethos' yang bermaksud 'watak'. 

Etika merupakan piawaian yang berasaskan betul dan salah terhadap perbuatan atau tingkah laku seseorang dalam melaksanakan kewajipan manusia.

Ia berkait rapat dengan nilai-nilai moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan masyarakat dalam menentukan perbuatan atau tingkah laku masing-masing. 

KEPENTINGAN ETIKA

1. Memastikan manusia melaksanakan kewajipan hidup yang memberi faedah kepada diri sendiri dan juga masyarakat 
  • Sebagai contoh, seseorang itu dikatakan beretika apabila bertindak jujur, menunjukkan belas kasihan dan kesetiaan manakala perbuatan seperti menipu, mencuri dan membunuh dianggap perbuatan yang tidak beretika dan seterusnya menggambarkan sifat-sifat manusia kurang bertamadun 
2. Menentukan jatuh bangunnya sesebuah peradaban
  • Kemajuan sesebuah negara itu banyak bergantung kepada sikap, mentaliti dan tingkah laku positif penduduknya yang sentiasa mengejar ilmu pengetahuan bagi melahirkan inovasi-inovasi yang berupaya membangunkan negara berkenaan. 
3. Menghasilkan sumber manusia yang berkualiti 
  • Sesebuah negara yang kurang hasil buminya berupaya untuk maju dengan adanya sumber manusia yang berkualiti dengan adanya budaya kerja yang beretika sebagaimana yang berlaku di negara Jepun. Ini menunjukkan bahawa etika dan peradaban yang baik itu adalah penting dalam memajukan negara.

ETOS NASIONAL

Maksud etos dalam kamus dewan ialah sifat ciri sesuatu bangsa budaya,era dan lain lain.Ia berasal daripada perkataan greek yang membawa makna perkataan atau karakter.Menurut mansor et
al.Perkataanetos berasal daripada perkataan etika sikap,keperibadian,watak,karakter serta keyakinan atas sesuatu perkara.

Pembentukan Etos Nasional Belia Malaysia: Wadah Pembinaan Negara-Bangsa

ABSTRAK

  • Dengan wujudnya etos nasional dalam diri individu, maka ia dapat menggambarkan tentang sentimen kenegaraan yang berpaksikan kepada platform nasional. 
  • Sehubungan itu, secara spesifiknya makalah ini mengaplikasikan takrif etos nasional sebagai ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat seseorang individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat individu dengan negara. 
Ciri-ciri unik tersebut merangkumi empat dimensi utama iaitu :- 

  1. Nilai.
  2. Perasaan.
  3. Semangat.
  4. Kepercayaan dan identiti. 
Ciri-ciri unik etos nasional tersebut menjadi wadah utama dalam proses pembinaan negara-bangsa Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik. 

  • Kejayaan membangunkan golongan belia menjadi penanda aras utama kejayaan pembangunan negara-bangsa pada hari muka. 
  • Kajian ini mendapati empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan serta identiti telah membentuk suatu ikatan yang kuat antara individu dengan individu yang lain, dan di antara individu dengan negara khususnya dalam kalangan belia yang dikaji. 
  • Oleh yang demikian, dalam merealisasikan pembinaan negara-bangsa Malaysia, etos nasional menjadi wadah yang perlu dipupuk dalam diri setiap individu khususnya golongan belia yang masih tercari-cari jati diri mereka.

TAHAP KESEPADUAN YANG DICAPAI

  • Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza.Penyatuan ini merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran.
  • Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman,stabil , Makmur dan sejahtera . Walau bagaimanapun masih terdapat perbezaan dalam bentuk deficit social yang wujud dalam sesebuah masyarakat di Negara kita ini.
  • Dua tunjang utama dalam mewujudkan kesepaduan nasional sebagai teras kesepaduan Nasional Ialah perlembagaan Persekutuan Rukun Negara.
  • Kesepaduan nasional amat penting Untuk mewujudkan masyarkat yang dinamik . Masyarakat yang dinamik akan mewujudkankelompok petani tradisional kepada petani komersial Industri.
  • Daripada segi kemajmukan bangsa,akan wujud pelbagai Etnik dan budaya moden yang mengutamakan Kestabilan dan kemajuan . Mereka berkongsi norma hidup,persamaan nilai dan kerencaman sosial.Hal ini merentasi hubungan horizontal Antara etnik dan agama sekaligus dapat membina Negara bangsa integrase yang maju.



DIMENSI DALAM KESEPADUAN SOSIAL

• Kepunyaan pemecilan merujuk

kepada kewujudan atau ke tidak

hadiran nilai nilai

• Rangkuman Pengecualian

merujuk kepada tahap

kesaksamaan dan peluang

• Penyertaan

Ketakterlibatan:berfokus kepada

penyertaan dalam politik

• Pengiktirafan penolakan

merujuk kepada kebimbangan

akan perbezaan atau toleransi

masyarakat

• Setara setaraf Tidak setara

merujuk kepada penyelenggaraan

legiti maci dalam politik dan

institusi sosial



KESIMPULAN

Dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa pelbagai strategi pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadikan negara ini bukan sahaja makmur dan maju dalam semua bidang tetapi juga mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu serta mencapai integrasi nasional di bawah sistem persekutuan Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang menyaksikan rakyat berbilang kaum budaya dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan damai dengan rakyatnya yang memiliki kesatuan dan perpaduan yang utuh sementara hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berada dalam keadaan harmoni sesuai dengan tuntutan perlembagaan. Perpaduankaum dan integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan sosio politik di negara ini yang dapat menjamin kemajuan dan keutuhan bangsa.




Comments